Kenapa Kena Beli Emas

Posted: January 8, 2011 in EMAS

Ramai yang masih merasakan tiada apa-apa yang patut dirisaukan buat masa ini. Namun kebanyakkan para pelabur dan orang celik ekonomi mula merasakan WANG FIAT makin menghampiri apa yang dipanggil kejatuhan total. Ini menyebabkan para pelabur US sudah mula membeli EMAS hinggakan Federal Reserve kini membeli dengan banyak EMAS kerana sendiri merasakan matawangnya tidak mampu lagi bersaing. Selain itu China juga telah mula menjadi kuasa besar kerana jumlah simpanan EMAS nya meningkat.. Saksikan apa komen pelabur (Market Watch)

EMAS amat berguna dengan keadaan Inflasi yang makin tinggi. Banyak faktor menyebabkan Inflasi antaranya apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Ini akan kelihatan tak lama lagi setelah US telah mencetak 600 Billion matawangnya untuk menyelesaikan masalah ekonominya. (seperti yang dilaporkan dalam post sebelum ini).
Contoh Inflasi deflasi: Nak senang cerita, deflation boleh terjadi jika Ferari dah bagi diskaun 80% pun tak siapa nak beli. Inflation pula sebaliknya. Jual Ferrari dengan harga 20% lebih tinggi pun tetap habis stok. Dan pada dua masa inilah harga EMAS akan naik mencanak-canak.

Jadi maka akan wujud permintaan tinggi terhadap EMAS seperti yang berlaku sekarang apabila sejak tahun 2000 keuntungan EMAS melebihi percentage 2 digit. Tahun lepas keuntungan EMAS menjangkaui 44%.

Secara umumnya, pelabur emas boleh dikategorikan kepada dua golongan.
1. Golongan yang akan menjauhi EMAS kerana harganya mahal. Maka golongan ini akan berterusan merasa kecewa kerana ” kenapa aku tak beli hari tu.. harganya jatuh” seterusnya lagi tak mampu nak beli kerana harganya yang akan meningkat

2.  Golongan kedua ini percaya bahawa tiada rugi membeli EMAS walau berapa harganya pun dia akan membeli kerana yakin harga emas memang akan meningkat cuma masa saja yang menentukan. Maka golongan ini sedikit sebanyak beruntung dengan harga yang meningkat

Namun jadilah pelabur yang celik ekonomi untuk mengkaji bilakah waktu sesuai membeli dan menjual atau bagaimanakah teknik membeli emas; contohnya – sandarkan emas ketika harga murah di ar rahnu untuk membeli emas lagi dan membayar upah menggunakan keuntungan bila harga meningkat.

Secara umumnya, harga emas akan meningkat kerana kuasa besar makin sedar bahawa matawang kertas (FIAT) makin merudum.

Selain daripada itu marilah menguatkan Ummah dengan memperbanyakkan penyimpanan mahupun penggunaan EMAS dinar sebagai matawang hakiki dan di iktiraf syariat seterusnya menjauhkan urusan pembelian yang menyeleweng, memanipulasi dan tidak adil, malah lebih2 lagi riba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s