Kalau la Marlia Musa Masih Lagi Simpan Dinar EMAS nya…..

Posted: January 6, 2011 in EMAS

Teringat balik pernikahan antara M.Nasir & Marlia Musa. Mereka menggunakan Dinar Emas sebagai Maskawin. Pada tahun 2000; 13 keping dinar emas disediakan oleh M Nasir yang ketika itu berharga RM2000. Kalau sekarang (7.1.2010) 1 Dinar RM646 X13 keping = 8398…… WOW!!!

ARKIB Utusan Malaysia : 03/09/2000

 Pengakuan Marlia Musa pada hari pernikahan – “M.Nasir ialah cinta pertama saya”

WANG dinar emas menjadi mas kahwin M. Nasir kepada Marlia.


Mulai tahun depan mereka bukan saja akan menyambut hari itu sebagai Hari Kebangsaan tetapi juga hari ulang tahun perkahwinan mereka.

“Ia adalah satu tarikh yang senang diingat,” seloroh Marlia apabila ditanya kenapa mereka memilih tarikh itu.

Tetapi artis berusia 33 tahun itu kemudian menambah, mereka memilih tarikh 31 Ogos kerana kesesuaian masanya.

Kisah cinta M.Nasir, 43, dan Marlia hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu, dan mereka kemudian memilih untuk bersama sebagai suami isteri.

Ini merupakan perkahwinan kedua M.Nasir selepas kematian isterinya Junainah Johari, manakala Marlia menamatkan zaman gadisnya.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan di rumah Marlia di Subang Jaya pada hari Khamis lalu ketika seluruh rakyat Malaysia bergembira merayakan Hari Kebangsaan.

Mereka selamat diijab kabulkan dalam suasana yang serba sederhana tetapi meriah. Marlia berwalikan sepupunya Muhammad Aris Jailani. Bapa kepada Marlia, Musa Albakri sudah lama meninggal dunia.

Kebanyakan 500 orang jemputan yang hadir merupakan keluarga terdekat pasangan itu termasuk rombongan keluarga M.Nasir dari Singapura.

Keluarga M.Nasir dari Singapura yang turut hadir pada majlis itu ialah bapa, abang dan kakaknya. Ibu pengantin lelaki tidak hadir khabarnya kerana masalah kesihatan.

Bagi majlis akad nikah tersebut, M.Nasir membawa tujuh dulang hantaran berbalas dengan sembilan dulang hantaran daripada pengantin perempuan.

Setiap hantaran dihias dengan begitu cantik terdiri daripada barangan diri seperti pakaian, barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dan jam tangan. Wang hantaran daripada pengantin lelaki ialah sebanyak RM20,000.

Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.

Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.

Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana ‘ingin kembali kepada tradisi Islam.’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s