Pengenalan kepada EMAS

Posted: January 5, 2011 in EMAS

EMAS adalah sebuah logam bernilai yang jika merujuk jadual kimia nya: ia dipanggil Aurum. Sebuah logam yang stabil yang berasal dari perut bumi. Ianya tidak boleh dicipta. Bahan yang setakat ini kekal hanya Qarun manusia tunggal yang tahu bagaimana untuk menghasilkannya pada zaman Firaun dahulu. Namun akibat lupa kepada Allah ianya ditimpa musibah. 

EMAS sememangnya menjadi permintaan tertinggi sejak dari zaman Mesir purba hinggalah ke zaman serba moden ini. Ia sangat bernilai hinggakan manusia berebut untuk memilikinya. Pada satu masa EMAS menjadi matawang sehinggalah wujudnya matawang kertas. Jika hendak diceritakan tentang asal usulnya wang kertas tentu berjela panjangnya tetapi untuk dipendekkan matawang kertas sekarang ini dipanggil matawang FIAT. Matawang kini tiada lagi sandaran kepada EMAS dan ia boleh dicop sesuka hati untuk kegunaan negara. Itu lah punca Inflasi. Menyebabkan Matawang Kertas memungkinkan susut nilai yang keterlaluan hingga boleh melumpuhkan sesebuah negara.
Kesimpulannya Matawang ini tiada kebaikan dan lari dari matlamat asal sebagai ganti EMAS.

 

 

  

 

 

 EMAS pula diketahui sejak dari turun temurun amat stabil. Classic example Contoh: harga seekor kambing di zaman Sahabat ialah 1 Dinar dan nilainya masih tetap 1 Dinar sekarang jika dibandingkan betapa susut nilainya matawang kertas hingga kita terpaksa membayar RM650 ~ RM700 untuk seekor kambing. Mungkin dahulu harganya lebih murah tetapi disebabkan inflasi harga kambing semakin meningkat, namun Dinar masih utuh. Jadi boleh disimpulkan EMAS = INFLASI SIFAR. Emas juga tidak boleh dimanipulasi kerana nilainya stabil untuk seluruh dunia, berbanding matawang yang berbeza setiap negara. Ingat lagi kah bagaimana George Soros memanipulasi MYR….

 Jadi bersedialah atas apa jua kemungkinan…. Mungkinkah nilai matawang merudum setelah USD merudum kerana krisis ekonominya tidak berjaya diselamatkan??

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s