Ketulenan Emas Public Gold

Posted: January 5, 2011 in Public Gold Updates

Syarikat Pertama di Malaysia yang mendapat sijil dari Malaysia Book of Records

Public Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record” sebagai:
1. Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan gold barnya. Gold bar yang diiktiraf adalah 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Mengapa pengiktirafan ketulenan emas penting?

Untuk pengetahuan anda, gold bar yang berjenama kesemuanya diiktiraf oleh Certified Assayer. Assayer adalah badan yang mengesahkan ketulenan logam dan melakukan beberapa ujian. Jika sah tulen, assayer akan menandatangani sijil pengesahan ketulenan emas berkenaan. Contoh seperti gambar di bawah:
lady_fortuna

public_gold_100gram
Sijil ketulenan gold bar Public gold

Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.

Teknik Assay Emas

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh assayer untuk menguji ketulenan emas contohnya Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (bahasa ringkas Fire Assay) dan Induction Couple Plasma, icp-oes or icp-ms. Untuk gold bar Public Gold, teknik yang digunakan adalah  Flame Atomic Absorption Spectrometry Technique (Fire Assay).

fire_assay

Dalam kaedah ini, sampel gold bar akan diambil, dimasukkan ke dalam ketuhar dan dipanaskan sehingga  1064° C (suhu dimana emas akan melebur). Kemudian emas yang melebur ini akan diuji ketulenannya dengan proses-proses tertentu. (saya tak boleh cerita dengan details sebab teknikal sangat). Tapi anda boleh baca tentang fire assay (kat sini)

Tips: Bagaimana kita boleh menguji ketulenan emas?

Bagi orang biasa cara termudah untuk kita mengetahui ketulenan emas ialah dengan menggunakan mesin precious metal tester. Biasanya mesin ini ada di Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agro bank atau mana-mana Ar-Rahnu.

precious_metal_tester
Gambar precious metal tester

Contohnya jika anda membeli emas Public Gold dan mahu menguji ketulenannya,
pg_gold_bar_50gram
Gold bar Public Gold 50 gram

Mudah ajer.. bawa gold bar tersebut ke Ar-Rahnu, kemudian cakap macam nie:
“Saya bercadang nak gadai emas nie.. boleh tak encik tolong kira berapa saya boleh dapat?”
Jadi, pegawai Ar-Rahnu tadi akan uji emas anda dan beritahu ketulenan emas tersebut dan berapa jumlah yang akan anda dapat. Lepas tu kalau tak nak gadai.. just ucap terima kasih dan cakap…
“terima kasih ye.. nanti saya fikir dulu…”

Kalau boleh elakkan daripada cakap macam nie:
“Encik, saya nie baru beli emas nie.. entah tulen.. entah tidak…boleh tak encik tolong test emas nie.. tengok tulen ke tak tulen?”

Kalau cakap macam tu.. most likely pegawai Ar-Rahnu akan keberatan nak uji sebab anda bukan nak gadai kat diorang. Buang masa diorang ajer… hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s